Saturday 11 October 2014

Cara memproses ikan pekasam

 Cara-cara memproses pekasam : 
  • Ikan air tawar yang dipilih akan disiang,dibuang perut dan dibersihkan.
  • Toskan air daripada bahagian ikan sebelum dilumur dengan garam pada kadar 15 peratus.
  • Setelah dilumur garam,ikan diperap selama 2 hingga 3 hari.
  • Selepas melalu proses perapan,ikan sekali lagi dicuci dengan air melalui  tiga proses dan ditoskan.
  • Sebaik dikeringkan ikan digaul pula dengan beras goreng yang sudah dihancurkan ,sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dicampur dengan sedikit asam jawa.
  • Peram untuk kali kedua selama kira-kira 14 hari di dalam balang kedap udara.
  • Pekasam yang sudah melalui proses matang kini boleh dibungkus dan sedia dipasarkan.